Posts

Rahmat Buat Haji Umar

Image
Suatu pagi pada tahun 2018. Pagi yang hening dan dingin, keletihan dari hari semalam masih terasa. Sambil menunggu Hajah N tiba di lobi, saya sempat menjamah dua keping roti dan secawan teh O panas sebagai bekal permulaan hari. Kelibat Hajah N kelihatan, lantas kami terus menahan teksi menuju ke Hospital Al-Ansar. Dalam teksi kami tidak banyak berbicara, hanya bertanya khabar sahaja. Saya dapat merasakan fikiran Hajah betul-betul tertumpu pada sosok tubuh Haji Umar yang masih terlantar di atas katil hospital. Tengah hari semalam merupakan kali terakhir saya melihatnya dalam keadaan koma di dalam wad ICU katil bernombor 12.  Sehari sebelum itu semasa berada di wad pesakit luar, beliau sempat merakamkan video ucapannya yang terakhir buat tatapan keluarga di Malaysia. Haji Umar dengan bersahaja diiringi senyumannya menyebut, "Assalamualaikum, alhamdulillah, syukur....Ameen". Setibanya di Hospital, saya meminta Hajah N duduk sebentar di bangku sementara saya terus menuju ke wad

Nama-nama Madinah yang Anda Tak Pernah Dengar

Madinatul Munawwarah adalah gelaran bagi kota yang asalnya bernama Yathrib. Setelah kedatangan Rasulullah ke kota ini, kota ini ditukar namanya kepada Madinah al-Munawwarah, yang bermaksud kota yang bercahaya, sebagai simbolik kedatangan cahaya Islam ke kota ini. Tahukah anda, bahawa Madinah mempunyai nama yang sangat banyak? Diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah bahawa Madinah mempunyai lebih daripada 100 nama! Hal ini sebenarnya satu perkara biasa dalam masyarakat Arab. Apabila sesuatu haiwan atau sesuatu perkara itu dimuliakan dan selalu berada dalam kalangan masyarakat, maka mereka akan menamakannya dengan banyak nama. Misalnya, unta dan singa. Ada bermacam-macam nama diberikan kepada unta dan singa. Nama-nama itu berdasarkan keadaan, umur, sifat, dan lain-lain. Jadi, dalam kamus Arab, ada banyak perkataan atau kata nama dikaitkan dengan unta dan singa. Begitulah juga perumpamaannya dengan nama Madinah. Dalam artikel ini, kami cuba mencari dan mengeluarkan nama-nama