Rahmat Buat Haji Umar

Suatu pagi pada tahun 2018.

Pagi yang hening dan dingin, keletihan dari hari semalam masih terasa. Sambil menunggu Hajah N tiba di lobi, saya sempat menjamah dua keping roti dan secawan teh O panas sebagai bekal permulaan hari. Kelibat Hajah N kelihatan, lantas kami terus menahan teksi menuju ke Hospital Al-Ansar.

Dalam teksi kami tidak banyak berbicara, hanya bertanya khabar sahaja. Saya dapat merasakan fikiran Hajah betul-betul tertumpu pada sosok tubuh Haji Umar yang masih terlantar di atas katil hospital. Tengah hari semalam merupakan kali terakhir saya melihatnya dalam keadaan koma di dalam wad ICU katil bernombor 12. 

Sehari sebelum itu semasa berada di wad pesakit luar, beliau sempat merakamkan video ucapannya yang terakhir buat tatapan keluarga di Malaysia. Haji Umar dengan bersahaja diiringi senyumannya menyebut, "Assalamualaikum, alhamdulillah, syukur....Ameen".

Setibanya di Hospital, saya meminta Hajah N duduk sebentar di bangku sementara saya terus menuju ke wad ICU untuk melihat perkembangan Haji Umar. Pandangan mata saya terus tertumpu pada katil wad yang bernombor 12. Perasaan bercampur baur apabila melihat katil itu dalam keadaan kosong dan kemas tanpa kelibat pesakit terbaring di atasnya.

Pantas saya bertanyakan kepada Doktor dan pegawai yang berada di situ, "Di manakah pesakit yang berada di situ? (sambil menuding jari ke arah katil nombor 12)". 

Jawab Doktor dengan ringkas, "Dia sudah tiada". 

Saya mula merasa dada saya ditekan, kaki berasa sejuk. Dalam hati saya bermonolog bersendirian, "Haji Umar sudah meninggal dunia". Saya terduduk sebentar dan termenung. 

Beberapa minit kemudian saya membuat panggilan kepada Ketua Pegawai Madinah melaporkan apa yang telah berlaku.

Kemudian saya terus ke bahagian reception di bawah berjumpa dengan Mr. Ghazi. Beliau merupakan orang yang paling banyak memudahkan urusan saya dan Hajah N sepanjang Haji Umar ditempatkan di wad selama 3 hari. Saya memaklumkan kepadanya tentang pemergian Haji Umar, lantas dia berkata, "Let me tell his Wife". Mungkin dia pun faham tentang keadaan saya yang kaku dan buntu bagaimana caranya untuk saya memberitahu Hajah N bahawa suaminya telah tiada.

Pada hari itu, petugas di kaunter resepsi, Mr Ghazi, memaklumkan apa yang terjadi kepada suami Hajah N. Berdasarkan raut wajah dan respons Hajah N, kami berdua tahu Hajah N sudahpun mengetahui bahawa Haji Umar sudah meninggal dunia. 

Mr. Ghazi : Hello! Good morning! How are you?

Hajah N : I'm fine. Thank you! 

MG : Are you happy today?

 HN : Of course I'm happy. I want to see my husband.

 MG : You want your husband?

 HN : Of course I want him.

 MG : Do you like your husband?

 HN : Of course I liked my husband because he is the only one I have.

 MG : Do you like good news?

HN : Surely I like.

 MH : Now, I am going to tell you the good news.

 HN : Yes.. What's the good news?

 MG : Now, your husband is happy with Rasulullah, his families and friends.

 HN : Alhamdulillah (then she puts her hand on ustaz shoulder and asked him)
"Ustaz, what time did Haji Umar passed away?"

 FN : 6.17pm Hajah.

 HN : Ok! (She asked the reception again)

 HN : Can you please repeat what you said just now?

 MG : You don't understand what I said?

 HN: Yes! I understand. I want to hear again what you have said.

 MG : Ok! I will tell you again.Your husband now is very happy with Rasulullah, his families and his friends and you don't have to be sad because those who died here will be with his families and friends.

Perbualan itu kemudiannya terhenti, air mata Hajah N yang pada mulanya kelihatan ingin mengalir keluar sudah terhenti. Barangkali perkhabaran daripada Mr Ghazi mungkin telah mengubah apa yang terbuku di fikiran Hajah N. Tampak kegembiraan dan senyuman mulai mekar di wajah beliau.

Hakikatnya suami beliau telah pun tiada sejak petang semalam lagi. Haji Umar telah mengikuti jejak langkah baginda Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiyallah 'anhum.

Alhamdulillah. Rahmat buat Haji Umar kerana telah selamat menjadi penghuni Baqi'.

Catatan kecil,
Ustaz Fathi
Petugas Haramain

Jannatul Baqi' in Madinah


Comments

Popular posts from this blog

Nama-nama Madinah yang Anda Tak Pernah Dengar