Posts

Showing posts from 2020

Rahmat Buat Haji Umar

Image
Suatu pagi pada tahun 2018. Pagi yang hening dan dingin, keletihan dari hari semalam masih terasa. Sambil menunggu Hajah N tiba di lobi, saya sempat menjamah dua keping roti dan secawan teh O panas sebagai bekal permulaan hari. Kelibat Hajah N kelihatan, lantas kami terus menahan teksi menuju ke Hospital Al-Ansar. Dalam teksi kami tidak banyak berbicara, hanya bertanya khabar sahaja. Saya dapat merasakan fikiran Hajah betul-betul tertumpu pada sosok tubuh Haji Umar yang masih terlantar di atas katil hospital. Tengah hari semalam merupakan kali terakhir saya melihatnya dalam keadaan koma di dalam wad ICU katil bernombor 12.  Sehari sebelum itu semasa berada di wad pesakit luar, beliau sempat merakamkan video ucapannya yang terakhir buat tatapan keluarga di Malaysia. Haji Umar dengan bersahaja diiringi senyumannya menyebut, "Assalamualaikum, alhamdulillah, syukur....Ameen". Setibanya di Hospital, saya meminta Hajah N duduk sebentar di bangku sementara saya terus menuju ke wad